Syaikhuna Dr. Usamah Sayyid menyatakan bahawa sistem pendidikan Universiti di Al-Azhar mula wujud pada 1930an. Ketika itu ilmu makin terkunci dengan silibus. Sebelum itu, ketika universiti masih belum wujud, dan ketika Masjid Al-Azhar as-Syarif menjadi pusat dan kiblat sistem pengajian talaqi ilmu turath, Masjid Al-Azhar penuh dengan pengajian dari pagi hingga malam pada setiap hari.. Para pelajar seluruh dunia datang menuntut ilmu di situ.. ada yang tinggal di dalam Masjid, di kamar-kamar yang disediakan dalam masjid di tingkat atas dan ada juga yang tinggal di sekitarnya..
Suasana ilmu pada zaman tersebut sungguh menyeronokkan dek himmah/semangat dan cinta ilmu masyarakat sangat tinggi. Oleh kerana terlalu tepesona dengan keindahan suasana ilmu begitu, kebanyakan mereka menuntut ilmu dan hidup di Masjid Al-Azhar selama 20 hingga 30 tahun lamanya.. zaman tersebut merupakan zaman kegemilangan sistem turath dan ilmu. Bahkan, banyak rombongan dari Al-Azhar dihantar ke Eropah untuk bertukar ilmu dan thaqafah, agar dapat menggandingkan turath dengan akademik moden. Perkara tersebut membantu pembentukan pemikiran seorang azhari menjadi lebih luas. Di samping itu, tercatat juga di dalam sejarah berkenaan pembaharuan Imam Muhammad Abduh terhadap Al-Azhar dimana beliau memasukkan ilmu moden dan sains ke dalam kurikulum Al-Azhar.. Ketika itu, ribuan ulama tersohor dunia lahir dari Masjid Al-Azhar As-Syarif..
Syaikh Usamah sendiri menyatakan separuh umurnya adalah di Masjid Al-Azhar, menuntut ilmu, menghafal, muzakarah dan membaca di situ.. namun malangnya di zaman ini, para pelajar lebih mengutamakan untuk mengejar sijil dan kerjaya semata-mata berbanding ilmu dan penguasaannya.. Mereka lebih suka ke Universiti dari ke Masjid Al-Azhar.. himmah makin jatuh.. belajar hanya 4-5 tahun.. tiada satu kitab pun pernah habis dah dapat sijil.. dah rasa diri berilmu, sedangkan ilmu itu perlu kepada penguasaan(malakah) dan malakah itu perlu tempoh belajar yang sangat lama.. Alangkah baiknya jika mahasiswa kini menyeimbangkan antara kuliyah dan talaqi.. paginya kuliyah, petangnya talaqi..lutut ke lutut bersama masyaikh..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan