Ahad, 10 Mac 2013

Sekadar Perkongsian.. Jom Baca
Diceritakan dalam satu Hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam Mafhumnya..

Suatu hari telah bermimpi seorang Nabi dikalangan Bani Israil. Didalam mimpinya telah datang Malaikat kepadanya memberitahu bahawa nnti apabila kamu berjalan benda pertama yang kamu JUMPA, hendaklah kamu TANAM, yang kedua kamu JUMPA kamu kena MAKAN, dan yang ketiga kamu JUMPA kamu kenaTOLONG DAN JANGAN HAMPAKAN.. kemudian keluarlah beliau dari rumahnya berjalan, sedang dalam perjalanan Beliau terjumpa satu Mangkuk Emas, kemudian diTANAMnya, Apabila melepasi mangkuk tersebut Beliau memaling kebelakang melihat mangkuk itu Timbul seperti sedia kala, kemudian ditanamnya semula sebanyak 3 kali tetap Mangkuk tersebut timbul. Akhirnya dia berserah dan memohon doa kepada Allah setela berusaha bahawa dia telah melakukan apa yang disuruh oleh Allah.. Selepas berjalan melepasi Marhalah pertama (Apabila jumpa yang pertama Kena TANAM), bertemu pula dengan sebuah Bukit yang besar (Jumpa kena MAKAN) maka dengan keyakinan daripada Wahyu dan suruhan Allah, maka dia berjalan menghampiri bukit, semakin hampir semakin kecil sehinggalah berubah bukit tersebut menjadi sebuku Roti dan Beliau memakannya (Roti Madu yang sangat Manis). Selepas melepasi Marhalah kedua, Terus beliau berjalan dan nampak seekor burung Helang sedang mengejar seekor burung kecil untuk memakannya (Jumpa kena TOLONG DAN JANGAN HAMPAKAN), maka datang burung kecil kepada Beliau dan meminta untuk diselamatkan (TOLONG) Maka diambil burung kecil tersebut dan disembunyikan didalam lengan jubah Beliau. datanglah Helang tersebut dan menyatakan bahawa Burung kecil tersebut adalah rezekinya. maka dengan sebab (JANGAN HAMPAKAN) Beliau memotong bahagian Daging dari paha Beliau lalu memberikan kepada burung Helang tersebut. Selepas kejadian tersebut Beliau terus berjumpa semula dengan Malaikat seraya bertanya untuk mendapatkan penjelasan berkenaan ketiga-tiga perkara yang berlaku kepada beliau. Maka kata Malaikat :
Yang Pertama Apabila Jumpa kena TANAM : Adalah KEBAIKAN (Mangkuk Emas) yang kita lakukan, Sebanyak manapun KEBAIKAN yang kita lakukan dan cuba untuk disembunyikan akan diZahirkan oleh Allah suatu hari nanti atas sebab Keikhlasan kita melakukannya.
Yang Kedua Apabila Jumpa kena MAKAN : Adalah MASALAH (Bukit) yang datang kepada kita hendaklah kita mengHADAPInya dan jangan kita mengABAIkannya Bahkan Akan kita mengetahui Manisnya UJIAN yang Allah berikan dipenghujungnya.
Yang Ketiga Apabila Jumpa kena TOLONG DAN JANGAN HAMPAKAN : Adalah PERMINTAAN atau HAJAT (Burung kecil dan Helang) daripada seseorang perlulah kita tunaikan samaada kawan mahupun lawan.
MORAL VALUES OF THE HADITH :
1) Yakinlah setiap apa yang ditentukan oleh Allah, pasti ada HIKMAH yang tersembunyi.
2) Lakukanlah sebanyak manapun KEBAIKAN yang mampu kalian lakukan supaya ianya menjadi bekalan untuk kalian bertemu Sang Pencipta. Dan Walaubagaimanapun usaha yang kalian cuba untuk sembunyikan dengan KEBAIKAN yang kalian lakukan akan Allah Zahirkan sebagai tanda Tashrifan oleh Allah kepada Hambanya dan hendaklah Niat kalian lakukan kerana Allah Semata-mata.
3) Berlumba-lumbalah dalam melakukan KEBAIKAN sepertimana Firman Allah “ Fastabiqul Khairat ” Mafhumnya Berlumba-lumbalah kalian dalam melakukan KEBAIKAN. Yakinlah bahawa setiap apa yang kalian lakukan merupakan Satu Ibadah yang akan dinilai disisi Allah.
4) Seberat manapun UJIAN atau MASALAH yang Allah berikan kepada kalian hendaklah kalian sedaya upaya untuk menYELESAIKANnya tanpa kalian meninggalkannya.
5) Ketahuilah bahawa setiap UJIAN yang diberikan kepada kalian merupakan tanda kasih dan Sayang Allah terhadap Hambanya. Dan dipenghujung bagi segala permasalahan andai kalian mampu untuk menempuhinya pasti akan merasai keMANISANnya. Oleh itu berSYUKURLAH dengan UJIAN yang diberikan.
6) Apabila datang kepada kalian seseorang yang memerlukan perTOLONGan, Hendaklah kalian memBANTUnya tanpa kalian mengABAIkannya. BerUSAHAlah sekadar kemampuan kalian dalam membantunya.
7) Janganlah kalian memandang kepada siapa yang meminta (kawan ataupun Lawan) Bahkan perlulah keatas kalian membantunya kerana setiap perbuatan yang kita lakukan akan dinilai disisi Allah.

Dan banyak lagi…….
TAMBAHAN :
Setiap daripada kalian merupakan kePIMPINAN kepada diri sendiri (HATI), Keluarga, Masyarakat, Bangsa, Agama dan Negara sepertimana Hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam “Kullukum Rai’, Wakullukum Masulun An Rai’yatihi” Mafhumnya Setiap daripada kalian merupakan kepimpinan dan kalian bertanggungJawab diatas kepimpinan yang diberikan. Tidak terkecuali dimana sekalipun posisi kalian,kalianlah PEMIMPIN yang disebut didalam Hadis. Tidak dapat tidak, kalian perlulah berusaha untuk menjadikan diri kalian yang terbaik kerana kalian merupakan PENGGERAK kepada Tertegaknya Islam, kalianlah ANAK-ANAK PANAH dan PANJI-PANJI Islam yang akan meneruskan Sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam menyampaikan Dakwahnya kepada Seluruh Manusia. Dan ingatlah Setiap MASALAH yang Allah datangkan kepada kalian terkadang ianya sebagai satu UJIAN untuk Menguji keSABARan kalian, dan adakalanya setiap NIKMAT yang Allah berikan kepada kalian terkadang ianya merupakan satu BALA untuk melihat sejauh mana keSYUKURAN kalian kepada Sang Pencipta. Janganlah kalian melakukan sesuatu kerana untuk diri kalian Bahkan lakukanlah kerana untuk menegakkan Agama Allah sekaligus untuk seluruh Alam. Ketahuilah kalianlah GENERASI-GENERASI yang bakal mengubah dunia menjadi sepertimana yang dilakukan oleh Pemuda-pemuda yang diTARBIAH Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam menegakkan Kalimah Allah diatas muka bumi ini. Contohilah Sultan Muhammad Al-Fateh dalam Memimpin tentera-tenteranya menawan kota Costantinople (Istanbul) sebagai satu semangat untuk kalian. Sirru Ala Barakatillah ^.^..

Petikan dan Perkongsian dari :
kalam Murabbi Al-Fadhil Husainuddin Ustaz Muhammad Nazrul bin Abd Nasir.
Sama2 kita kongsikan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan