Ilmu Itu Apa Yang Di dada dan kekal dalam minda..
Ketika Al-Faqih As-Syaikh Muhammad Salim Abu 'Asi al-Hanafi ingin mensyarahkan kitab Al-Luma', beliau berpesan, dalam menuntut ilmu, ada dua perkara yang wajib ada:
1) At-Tahsil
2) Al-Itqan
Ini kerana, ilmu itu adalah apa yang kekal dalam dada/kepala kita.
Beliau berkata, apa yang menjadi aib kebanyakan para pelajar adalah mereka banyak menghadhiri kelas, kelas, kelas, talaqi, talaqi, talaqi sahaja..Tetapi setelah bertahun-tahun, ketika ditanya, apa yang kamu dapat? Tiada apa-apa..
Apa yang kamu baca dalam Nahu?
Saya dah belajar Qatrunnada, Syuzuruzzahab, Syarah ibnu 'Aqil dll..
Tetapi ketika disuruh i'rab.... tak tahu..
Sebab itu ulama selalu berkata bahawa ilmu itu apa yang kekal dalam kepala..
Apa faedahnya jika kamu baca banyak tetapi tiada apa dlm kepala kamu.. semuanya lupa dan hilang..? Adakah sia-sia saja bertahun-tahun kamu belajar?
Sebab itu pentingnya untuk itqan, hafal dan ulang kaji ilmu. Ulama berkata: Jika kamu baca dan itqan dalam satu kitab saja, itu lebih baik dari kamu baca 1000 kitab tanpa itqan..
Maka bermuzakarahlah kamu, antara caranya adalah dgn hafal qawaid kulliyah(kaedah umum)..dan ini semua blh dibantu dengan menghafal matan.. Kerana matan-matan disusun ulama untuk membantu kita menanam dan mengekalkan ilmu dalam minda kita..
وأدم للعلـــــــــم مذاكــــــرة *** فحيـاة العلــم مذاكرتــــه
Selalulah kamu ulang kaji ilmu *** kerana muzakarah itu nyawa bagi ilmu

Tiada ulasan:
Catat Ulasan