Jumaat, 8 Mac 2013

Anjuran Meminta Izin Bagi Orang Yang Hendak Bermusafir



                                                                 

Assalamualaikum w.b.t,
          Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan 
salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta kerabat baginda.

Astaghfirullahal’azim..astaghfirullahal’azim..astaghfirullah’azim.

Pembaca yang disayangi Allah,
          Jika anda hendak bermusafir, pernah tak anda mintak izin dulu dari
 sesiapa? Atau ikut suka hati ke nak keluar musafir? ^_^

          Semalam, sengaja ku membelek sebuah buku dan terjumpa tajuk “Anjuran
 Meminta Izin Bagi Orang Yang Hendak Bermusafir”. Hmmm…jarang dengar 
kan? Jom baca sikit apa yang terkandung dalam tajuk ni..

*********
          Orang yang hendak bermusafir dianjurkan untuk meminta izin
 kepada keluarga, kerabat dan kawan-kawannya.

          Ibnu Abdil Bar mengatakan bahawa apabila salah seorang di antara 
kamu hendak bermusafir, maka hendaklah meminta izin kepada kawan-kawannya.
 Allah s.w.t menjadikan berkat di dalam doa mereka.

          Asy-Sya’bi mengatakan bahawa sunnah Nabi s.a.w. mengajar kita 
agar ketika seseorang datang dari bermusafir, maka hendaklah 
kawan-kawannya menemuinya untuk mengucapkan salam kepadanya. Ketika 
dia hendak bermusafir, maka hendaklah dia mendatangi mereka untuk meminta 
izin dan manfaatkan doa mereka.

          Mengenai perlunya meminta izin ini, ada sunnah Nabi s.a.w.
 yang sering ditinggalkan dan hanya sedikit orang sahaja yang mahu
 mengamalkannya. Iaitu melepaskan pemergian seseorang dengan membaca
 doa yang diajar oleh Nabi s.a.w.

                                             

Qaza’ah mengkhabarkan:
قَال لِي عُمَرَ هَلُمَّ أُوَدِّعُكَ كما وَدَّعَني رسول الله صلى الله عليه وسلم أَستَودِعُ الله 
دينك وأمانتك وخَوَاتيمَ عملك.
Ertinya:
“Ibnu Umar pernah berkata kepadaku, “Marilah aku lepas kepemergianmu
 sebagaimana Rasulullah s.a.w. melepas kepergianku, ‘Aku kirimkan 
kepada Allah agamamu, amanatmu, dan penutup amalmu.”
(HR. Abu Daud)

          Maksud dari ucapan ‘Aku kirimkan kepada Allah agamamu’ ialah
 bahawa aku meminta kepada Allah untuk menjaga agamamu. Sedangkan kata
 ‘amanatmu’ menurut Al-Khathtabi, bererti keluarga dan orang-orang yang
 ditinggalkan, serta harta benda yang dikirimkan kepada seseorang.

          Agama dijadikan sebagai kiriman yang utama bagi orang yang sedang 
melepaskan kepergian seseorang, kerana bermusafir merupakan keadaan 
yang penuh dengan kekhuatiran. Tambahan pula, boleh jadi seseorang itu
 akan mengalami kesukaran yang boleh menyebabkan dirinya mengabaikan
 dirinya satu dan lain hal yang berkaitan dengan masalah agama.

          Oleh kerana itu, sangat sesuai untuk mendoakannya agar sentiasa 
mendapat pertolongan dan taufiq (dari Allah) dalam menghadapi semua
 masalahnya.

********
Pembaca yang setia,
          Lihatlah betapa hikmah meminta izin sebelum bermusafir amat
 banyak. Orang akan redha dengan kepergian kita lantas mendoakan 
kesejahteraan kita sepanjang perjalanan. Selain itu, jika berlaku apa-apa 
kepada kita, orang akan tahu di mana kita dan cuba memberi pertolongan.

          Sedar atau tidak, dengan meminta izin bermusafir juga akan
 mengurangkan kebimbingan orang sekeliling kita kerana mereka tahu kita
 ke mana. Betul tak?

          Jadi, selepas ini, mari kita cuba meminta izin atau memaklumkan
 kepada orang terdekat apabila kita nak bermusafir. Mudah kan? Tambahan
 pula, zaman teknologi sekarang, boleh je maklum dengan telefon,
 internet dan sebagainya.

Wallahualam.

*Sumber dari buku Adab Dalam Islam, Fuad Abdul Aziz Asy-Syalhub.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan