Rabu, 13 Mac 2013

Alim Rabbani & Mujahid Fi Sabilillah : Fadhilah As-Syeikh Allamah Hassan Habbanakah Al-Maidani 

Telah terhimpun di dalam dirinya dua Semangat yang jarang sekali wujud pada Zaman ini iaitu :

1- Semangat Jihad nya yang di tunjukkan tatkala Perancis meratah dan menjajah Ummat Islam Di Bumi Syria dengan menyertai satu batalion khas tentera syria di bawah Pimpinan As-Syeikh Muhammad Al-Asymar , sedangkan Umurnya di saat itu 17 tahun dan masih di alam persekolahan , akan tetapi Allah Sudah campakkan Di dalam Hati nya rasa kebertanggungjawaban untuk membela Negara dan Islam.

2- Semangat menyebarkan Ilmu dan saqafah Islam yang Sebenar kepada Rakyat bagi segenap peringkat dan lapisan Umur...beliau Bahagikan Masa nya pada setiap hari untuk mengadakan majlis2 pengajian samada di khaskan untuk Orang Awam , kanak-kanak , Ulama' bermula selepas subuh shingga lah selepas isyak...maka tidak hairan lah sejumlah besar Ulama' terhasil ats didikan beliau seperti :

Fadhilah As-Syeikh Dr Said Ramadhan Al-Buti
Fadhilah As-Syeikh Abdul Rahman Hassan Habbanakah (Anak Beliau )
Fadhilah As-Syeikh Dr Mustafa Said Al-Khin
Fadhilah As-Syeikh Mustafa Dieb Bugha
Fadhilah As-Syeikh Al-Qari Muhammad Kuraim Ar-Rajih Dan Lain2 lagi

Kesedaran beliau untuk mewariskan Warisan Nubuwwah (Ilmu) kepada generasi sterusnya merupakan kewajipan yang seharusnya di pikul bagi setiap Ulama'

Beliau pergi menemui pencipta nya Pada tahun 1978 .

Gambar : Fadhilah As-Syeikh Hassan Habbanakah Al-Maidani -Rahimahullah - sedang Menunggang Kuda Bersama Para Ahbab Nya....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan