Khamis, 21 Mac 2013

Ibu TEGUR?

Kita sedih?

Ibu MARAH?

Kita HERDIK ibu.

TAPI apa-apa yang KITA LAKUKAN kepada IBU. IBU tak pernah DOAKAN KEBURUKAN ke atas KEHIDUPAN ANAK-ANAK mereka. SUNGGUH MULIA JASA IBU ♥. Siapa SAYANG MAK? Ingat! SYURGA di bawah telapak kaki ibu ♥
Ikut NAFSU , LESU ♥ Ikut MARAH , PARAH ♥ Ikut HATI , MATI ♥ Ikut JIWA , KECEWA ♥ Ikut IMAN ,InsyaAllah AMAN :')

Selasa, 19 Mac 2013

Cara Nabi Jaga Kesihatan Diri.


BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.

Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.

Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpenyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:

Selalu bangun sebelum subuh

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

Aktif menjaga kebersihan

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

Tidak pernah makan berlebihan

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

Gemar berjalan kaki

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

Tidak pemarah

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah di hati.

Optimis dan tidak putus asa

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t

Tidak pernah iri hati

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

Pemaaf

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.

Rabu, 13 Mac 2013

PELACUR BERTAUBAT KEPADA ALLAH SETELAH MENDENGAR KIRIMAN SALAM DARIPADANYA......ITULAH DIA AL-MUHADDITH SYEIKH MUHAMMAD BADRUDDIN AL-HASANI..:-)

Alim Rabbani & Mujahid Fi Sabilillah : Fadhilah As-Syeikh Allamah Hassan Habbanakah Al-Maidani 

Telah terhimpun di dalam dirinya dua Semangat yang jarang sekali wujud pada Zaman ini iaitu :

1- Semangat Jihad nya yang di tunjukkan tatkala Perancis meratah dan menjajah Ummat Islam Di Bumi Syria dengan menyertai satu batalion khas tentera syria di bawah Pimpinan As-Syeikh Muhammad Al-Asymar , sedangkan Umurnya di saat itu 17 tahun dan masih di alam persekolahan , akan tetapi Allah Sudah campakkan Di dalam Hati nya rasa kebertanggungjawaban untuk membela Negara dan Islam.

2- Semangat menyebarkan Ilmu dan saqafah Islam yang Sebenar kepada Rakyat bagi segenap peringkat dan lapisan Umur...beliau Bahagikan Masa nya pada setiap hari untuk mengadakan majlis2 pengajian samada di khaskan untuk Orang Awam , kanak-kanak , Ulama' bermula selepas subuh shingga lah selepas isyak...maka tidak hairan lah sejumlah besar Ulama' terhasil ats didikan beliau seperti :

Fadhilah As-Syeikh Dr Said Ramadhan Al-Buti
Fadhilah As-Syeikh Abdul Rahman Hassan Habbanakah (Anak Beliau )
Fadhilah As-Syeikh Dr Mustafa Said Al-Khin
Fadhilah As-Syeikh Mustafa Dieb Bugha
Fadhilah As-Syeikh Al-Qari Muhammad Kuraim Ar-Rajih Dan Lain2 lagi

Kesedaran beliau untuk mewariskan Warisan Nubuwwah (Ilmu) kepada generasi sterusnya merupakan kewajipan yang seharusnya di pikul bagi setiap Ulama'

Beliau pergi menemui pencipta nya Pada tahun 1978 .

Gambar : Fadhilah As-Syeikh Hassan Habbanakah Al-Maidani -Rahimahullah - sedang Menunggang Kuda Bersama Para Ahbab Nya....


Selasa, 12 Mac 2013


Buat yang ingin berubah dan masih dalam proses mujahadah mengubah diri::

''Anda jangan banyak alasan,jangan menunda-nunda! Jangan katakan besok atau lusa ! Sebab,menunda-nunda adalah pintu masuk setan.Sekali orang mukmin menghadap kepada ALLAH,ia harus bulatkan tekad untuk terus begitu.

''Jangan katakan sekarang aku belum bisa membulatkan tekad,belum bisa istikarah,mungkin nanti aku kuat.''

''Sulaiman ibn al Rabi' pernah berkata,''Bergegaslah menuju ALLAH sekarang juga.Jangan menunggu sihat,kerana itu sama saja dengan menganggur..''

''Makin tinggi engkau mendaki kepada ALLAH,makin utuh kekuatanmu.Yang penting berjalanlah terus,jangan berhenti.Sebab tujuanmu adalah menjumpai ALLAH dengan hati.''

''Dialah yang membuatmu sampai kepadaNya,bukan jerih payah perjalananmu.Kalau kamu berjalan dengan mengorbankan apa saja yang kamu miliki itu semata kerana kamu berharap ALLAH akan mengasihimu,menggerakkan semangatmu,dan menarikmu di sisiNYa.sehingga kamu termasuk orang sejati yang benar-benar menghadapkan diri kepada ALLAH.''

''Apabila anda merasa semangat ini sudah tumbuh di hati anda,berusahalah untuk menjaganya dan mengukuhkannya ,dab menyambutnya dengan segera.''

''Jagalah dengan cara menjaga jarak dari orang-orang yang lalai kepada ALLAH dan menghindar dari segala bentuk godaan setan.Kukuhkan dengan banyak berzikir kepada ALLAH,renungkan apa yang ada di sisiNya,dan sering-seringlah berkumpul dengan para wali ALLAH.Sambutlah dengan segera untuk menuju ALLAH ,jangan menunda-nunda.''
Buat yang ingin berubah dan masih dalam proses mujahadah mengubah diri::

''Anda jangan banyak alasan,jangan menunda-nunda! Jangan katakan besok atau lusa ! Sebab,menunda-nunda adalah pintu masuk setan.Sekali orang mukmin menghadap kepada ALLAH,ia harus bulatkan tekad untuk terus begitu.

''Jangan katakan sekarang aku belum bisa membulatkan tekad,belum bisa istikarah,mungkin nanti aku kuat.''

''Sulaiman ibn al Rabi' pernah berkata,''Bergegaslah menuju ALLAH sekarang juga.Jangan menunggu sihat,kerana itu sama saja dengan menganggur..''

''Makin tinggi engkau mendaki kepada ALLAH,makin utuh kekuatanmu.Yang penting berjalanlah terus,jangan berhenti.Sebab tujuanmu adalah menjumpai ALLAH dengan hati.''

''Dialah yang membuatmu sampai kepadaNya,bukan jerih payah perjalananmu.Kalau kamu berjalan dengan mengorbankan apa saja yang kamu miliki itu semata kerana kamu berharap ALLAH akan mengasihimu,menggerakkan semangatmu,dan menarikmu di sisiNYa.sehingga kamu termasuk orang sejati yang benar-benar menghadapkan diri kepada ALLAH.''

''Apabila anda merasa semangat ini sudah tumbuh di hati anda,berusahalah untuk menjaganya dan mengukuhkannya ,dab menyambutnya dengan segera.''

''Jagalah dengan cara menjaga jarak dari orang-orang yang lalai kepada ALLAH dan menghindar dari segala bentuk godaan setan.Kukuhkan dengan banyak berzikir kepada ALLAH,renungkan apa yang ada di sisiNya,dan sering-seringlah berkumpul dengan para wali ALLAH.Sambutlah dengan segera untuk menuju ALLAH ,jangan menunda-nunda.''

Isnin, 11 Mac 2013

Syeikh Nuruddin Marbu ALBanjari ALMakki

ORANG YANG HEBAT tidak akan melenting apabila dicaci bahkan ia akan terus tersenyum bersabar dan mendoakan yang baik baik sahaja ♥

Penuhilah hatimu dengan kecintaan terhadap saudaramu nescaya akan menyempurnakan kekuranganmu dan mengangkat darjatmu di sisi Allah

-Kalam Habib Umar bin Hafidz


العقول ثلاثة:
عقل سطحي، وعقل عميق، وعقل مستنير.

أما العقل السطحي فهو الذي تعوّد أن يقف عند ظواهر الأمور.
ويكتفي بإدراكها والعبور عليها.
دون غوص ولا فكر ولا تحليل.
فهو مشغول دائما بالأحداث والأشخاص.
يلهث وراء مجريات الحياة التي لا تنتهي.
ويغرق في ضجيج الحياة، وأحوال الأشخاص، وشئون معيشتهم.
وهو شغوف بمعرفة من باع ومن اشترى، ومن خاصم ومن صالح، ومن تزوّج ومن طلّق.
ومعرفة الأسواق، والأسعار، والأقارب، وما جرى بينهم، ومن مرض منهم، ثم كيف شفي، ولماذا.
ومعرفة ما يقع يوميا من الأولاد وزملائهم، والجيران وجيرانهم، ورفاق العمل ومشكلاتهم.
وكثيرا ما يقع لهؤلاء جميعا إشكالات ووقائع، وقضايا، فيغرق ذلك العقل فيها، وفي تطوراتها، وفي تداعياتها.
ويظل طوال العمر وهو يغوص في تلك الرمال المتحركة.
حتى يتحول ذلك العقل بالتدريج إلى مستوى شديد التفاهة.
لا يعرف من الأمور إلا ضجيجها وتسارعها وتقاطعها.
فلا ينتج فكرا.
ولا يصنع عمرانا.
ولا يزداد إيمانا.
ولا يبدع حضارة.
بل يذهب منه العمر هباء.
____________________
الدكتور أسامة السيد الأزهري





Sheikh Awn AlQuddumiy




Cantik da masjid nih skg!..madad ya Imam Muhajir Ilallah, Ahmad bin Isa Ar-Rumi bin Muhammad An-Naqib bin Ali Al-'Uraidhi bin Ja'far Ash-Shodiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Imam Husain bin Fatimah Az-Zahro bt Muhammad SAW. Masjid ni terletak di berdekatan bandar Say'un, hadromaut. berdekatn ini terdapat maqom Imam Muhajir, Ahl bait Rasululah pertama yg masuk ke bumi hadromout, Habib2 skg di yaman kbnykannya dari keturunan Imam Muhajir




عِلمٌ و صِدقٌ و حال ... و أنوارٌ تسبق الأقوال
و هِمَمٌ تخرق الجبال ... لعمري ما هذا الجمال
إنه الرحمنٌ ذو الجلال ... عندما يُكرِم بالرجال
--------------------------------------------
من اليمين إلى اليسار
--------------------------------------------
- سيدي الحبيب عمر بن حفيظ ( اليمن )
- سيدي الحبيب علي الجفري ( أرض الحجاز - اليمن )
- سيدي الشيخ مدرار الحبّال ( بلاد الشام : لبنان )
- سيدي الدكتور نور الدين علي جمعة ( مصر الكنانة )
- سيدي عبد الله بن بيه ( المغرب العربي: موريتانيا )
- سيدي الدكتور أسامة السيد الأزهري ( مصر الكنانة )
 — ‎

Sheikh Usamah Sayyid Azhari bersama munsib AlHabsyi seiyun, Habib Ali bin Abd Qodir AlHabsyi di kubah maqom Habib Ali bin Muhammad bin Husin AlHabsyi (Sohib Simtu Duror) ketika Haul Imam Habsyi 1433

Habib Musa Kazim Assegaf bersama Sheikh Ali Assobouni

Habib Musa Kazim Asseegaf

Ahad, 10 Mac 2013

Sekadar Perkongsian.. Jom Baca
Diceritakan dalam satu Hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam Mafhumnya..

Suatu hari telah bermimpi seorang Nabi dikalangan Bani Israil. Didalam mimpinya telah datang Malaikat kepadanya memberitahu bahawa nnti apabila kamu berjalan benda pertama yang kamu JUMPA, hendaklah kamu TANAM, yang kedua kamu JUMPA kamu kena MAKAN, dan yang ketiga kamu JUMPA kamu kenaTOLONG DAN JANGAN HAMPAKAN.. kemudian keluarlah beliau dari rumahnya berjalan, sedang dalam perjalanan Beliau terjumpa satu Mangkuk Emas, kemudian diTANAMnya, Apabila melepasi mangkuk tersebut Beliau memaling kebelakang melihat mangkuk itu Timbul seperti sedia kala, kemudian ditanamnya semula sebanyak 3 kali tetap Mangkuk tersebut timbul. Akhirnya dia berserah dan memohon doa kepada Allah setela berusaha bahawa dia telah melakukan apa yang disuruh oleh Allah.. Selepas berjalan melepasi Marhalah pertama (Apabila jumpa yang pertama Kena TANAM), bertemu pula dengan sebuah Bukit yang besar (Jumpa kena MAKAN) maka dengan keyakinan daripada Wahyu dan suruhan Allah, maka dia berjalan menghampiri bukit, semakin hampir semakin kecil sehinggalah berubah bukit tersebut menjadi sebuku Roti dan Beliau memakannya (Roti Madu yang sangat Manis). Selepas melepasi Marhalah kedua, Terus beliau berjalan dan nampak seekor burung Helang sedang mengejar seekor burung kecil untuk memakannya (Jumpa kena TOLONG DAN JANGAN HAMPAKAN), maka datang burung kecil kepada Beliau dan meminta untuk diselamatkan (TOLONG) Maka diambil burung kecil tersebut dan disembunyikan didalam lengan jubah Beliau. datanglah Helang tersebut dan menyatakan bahawa Burung kecil tersebut adalah rezekinya. maka dengan sebab (JANGAN HAMPAKAN) Beliau memotong bahagian Daging dari paha Beliau lalu memberikan kepada burung Helang tersebut. Selepas kejadian tersebut Beliau terus berjumpa semula dengan Malaikat seraya bertanya untuk mendapatkan penjelasan berkenaan ketiga-tiga perkara yang berlaku kepada beliau. Maka kata Malaikat :
Yang Pertama Apabila Jumpa kena TANAM : Adalah KEBAIKAN (Mangkuk Emas) yang kita lakukan, Sebanyak manapun KEBAIKAN yang kita lakukan dan cuba untuk disembunyikan akan diZahirkan oleh Allah suatu hari nanti atas sebab Keikhlasan kita melakukannya.
Yang Kedua Apabila Jumpa kena MAKAN : Adalah MASALAH (Bukit) yang datang kepada kita hendaklah kita mengHADAPInya dan jangan kita mengABAIkannya Bahkan Akan kita mengetahui Manisnya UJIAN yang Allah berikan dipenghujungnya.
Yang Ketiga Apabila Jumpa kena TOLONG DAN JANGAN HAMPAKAN : Adalah PERMINTAAN atau HAJAT (Burung kecil dan Helang) daripada seseorang perlulah kita tunaikan samaada kawan mahupun lawan.
MORAL VALUES OF THE HADITH :
1) Yakinlah setiap apa yang ditentukan oleh Allah, pasti ada HIKMAH yang tersembunyi.
2) Lakukanlah sebanyak manapun KEBAIKAN yang mampu kalian lakukan supaya ianya menjadi bekalan untuk kalian bertemu Sang Pencipta. Dan Walaubagaimanapun usaha yang kalian cuba untuk sembunyikan dengan KEBAIKAN yang kalian lakukan akan Allah Zahirkan sebagai tanda Tashrifan oleh Allah kepada Hambanya dan hendaklah Niat kalian lakukan kerana Allah Semata-mata.
3) Berlumba-lumbalah dalam melakukan KEBAIKAN sepertimana Firman Allah “ Fastabiqul Khairat ” Mafhumnya Berlumba-lumbalah kalian dalam melakukan KEBAIKAN. Yakinlah bahawa setiap apa yang kalian lakukan merupakan Satu Ibadah yang akan dinilai disisi Allah.
4) Seberat manapun UJIAN atau MASALAH yang Allah berikan kepada kalian hendaklah kalian sedaya upaya untuk menYELESAIKANnya tanpa kalian meninggalkannya.
5) Ketahuilah bahawa setiap UJIAN yang diberikan kepada kalian merupakan tanda kasih dan Sayang Allah terhadap Hambanya. Dan dipenghujung bagi segala permasalahan andai kalian mampu untuk menempuhinya pasti akan merasai keMANISANnya. Oleh itu berSYUKURLAH dengan UJIAN yang diberikan.
6) Apabila datang kepada kalian seseorang yang memerlukan perTOLONGan, Hendaklah kalian memBANTUnya tanpa kalian mengABAIkannya. BerUSAHAlah sekadar kemampuan kalian dalam membantunya.
7) Janganlah kalian memandang kepada siapa yang meminta (kawan ataupun Lawan) Bahkan perlulah keatas kalian membantunya kerana setiap perbuatan yang kita lakukan akan dinilai disisi Allah.

Dan banyak lagi…….
TAMBAHAN :
Setiap daripada kalian merupakan kePIMPINAN kepada diri sendiri (HATI), Keluarga, Masyarakat, Bangsa, Agama dan Negara sepertimana Hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam “Kullukum Rai’, Wakullukum Masulun An Rai’yatihi” Mafhumnya Setiap daripada kalian merupakan kepimpinan dan kalian bertanggungJawab diatas kepimpinan yang diberikan. Tidak terkecuali dimana sekalipun posisi kalian,kalianlah PEMIMPIN yang disebut didalam Hadis. Tidak dapat tidak, kalian perlulah berusaha untuk menjadikan diri kalian yang terbaik kerana kalian merupakan PENGGERAK kepada Tertegaknya Islam, kalianlah ANAK-ANAK PANAH dan PANJI-PANJI Islam yang akan meneruskan Sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam menyampaikan Dakwahnya kepada Seluruh Manusia. Dan ingatlah Setiap MASALAH yang Allah datangkan kepada kalian terkadang ianya sebagai satu UJIAN untuk Menguji keSABARan kalian, dan adakalanya setiap NIKMAT yang Allah berikan kepada kalian terkadang ianya merupakan satu BALA untuk melihat sejauh mana keSYUKURAN kalian kepada Sang Pencipta. Janganlah kalian melakukan sesuatu kerana untuk diri kalian Bahkan lakukanlah kerana untuk menegakkan Agama Allah sekaligus untuk seluruh Alam. Ketahuilah kalianlah GENERASI-GENERASI yang bakal mengubah dunia menjadi sepertimana yang dilakukan oleh Pemuda-pemuda yang diTARBIAH Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam menegakkan Kalimah Allah diatas muka bumi ini. Contohilah Sultan Muhammad Al-Fateh dalam Memimpin tentera-tenteranya menawan kota Costantinople (Istanbul) sebagai satu semangat untuk kalian. Sirru Ala Barakatillah ^.^..

Petikan dan Perkongsian dari :
kalam Murabbi Al-Fadhil Husainuddin Ustaz Muhammad Nazrul bin Abd Nasir.
Sama2 kita kongsikan.





Sabtu, 9 Mac 2013

Kenapa wanita cantik bila bertudung?

undefined


Tuntutan agama

●❤● Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan mahramnya.

Mengurangkan dosa

●❤● Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?.

Lebih pintar dan tenang

●❤● Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

Tidak membazir
●❤●Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampu, pewarna rambut yang mahal atau pergi ke salun.

Lebih sopan dan manis

●❤● Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi wanita2 nie ada value added sebenarnya)

Rambut lebih tahan lama dan sihat

●❤● Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampu pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia yang merosakkan.

Menjadikan diri anda “Mahal”

●❤● Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya yang tinggi di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

Lebih dihormati

●❤● Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi..

Kenali Mereka

Mereka adalah kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w yang meriwayatkan hadis. Bersama-samalah kita mengenali para sahabat yang Rasulullah mencintai mereka dan mereka mencintai Rasulullah. 


Abu Sa'id al-Khudri r.a
Nama sebenar ialah Sa'id bin Malik bin Sinan al-Khazraji al-Ansari, Abu Sa'id al-Khudri. Al-Khudri dinisbahkan kepada perkampungan Khudrah daripada perkampungan Khudrah daripada perkampungan Ansar sebagaimana di dalam al-Qamus. Beliau dan ayahnya adalah sahabat Rasulullah s.a.w. Beliau tidak menyertai peperangan Uhud disebabkan masih kecil. Menyertai peperangan selepas  Uhud sebanyak 12 peperangan bersama Rasulullah s.a.w. Beliau juga menyertai peperangan Bai'ah al-Ridhwan pada tahun 6 Hijrah. Banyak meriwayatkan hadis iaitu 1170 hadis dan berfatwa. Usianya mencecah 86 tahun. Ulama telah khilaf tarikh wafatnya, ada yang mengatakan beliau 63,64 atau 65 Hijrah dan ada yang mengatakan pada tahun 74 Hijrah.

Abu Hurairah al-Dusi 
Abu Hurairah al-Dusi, seorang sahabat yang mulia lagi hafiz. Ulama khilaf pada namnya dan nama ayahnya antaranya ialah Abd al-Rahman bin Sakhar, Ibn Ghanam, Abdullah bin 'A'iz, Ibn Amir, kebanyakkan ulama mensahihkan yang pertama iaitu Abd al-Rahman bin Sakhar. Ibn Ishak berkata:"Sebahagian sahabat kami berkata kepadaku tentang Abu Hurairah adalah namanya pada zaman Jahiliah ialah Abd al-Syam bin Sakhar. Kemudian Rasulullah s.a.w menamakannya dengan Abd al-Rahman dan dikurnia dengan gelaran Abu Hurairah kerana aku membawa anak kucing dalam lengan bajuku lantas digelarku dengan Abu Hurairah."


Al-Hafiz Ibn Hajar meriwayatkan sebab dinamakan Abu Hurairah iaitu beliau bekerja sebagai pengembala kambing dan mempunyai seekor anak kucing, apabila waktu malam  beliau meletakkan di atas pokok dan apabila siang hari beliau akan mengambilnya untuk bermain.


Antara wasiat Rasulullah s.a.w kepada Abu Hurairah r.a. ialah mandi pada hari Jumaat, bersegera menunaikan solat Jumaat, jangan melakukan perkara yang lagha, berpuasa tiga hari sebulan, melakukan dua rakaat solat Fajar sekali pun bersembahyang sepanjang malam. Meninggal pada tahun 57 Hijrah, ada yang mengatakan 58 Hijrah dan ada yang mengatakan 59 Hijrah ketika berusia 78 tahun.

Nu'man Bin Basyir r.a
Nu'man bin Bansyir bin Sa'd bin Tha'labah bin Khalad bin Zaid al-Khazraji. Dikuniyah dengan Abu Abdillah. Beliau dan bapanya adalah sahabat Rasulullah s.a.w.


Al-Waqidi berkata: "Beliau orang yang pertama dilahirkan dalam Islam di kalangan Ansar selepas Hijrah,14 bulan." Meriwayatkan daripada Nabi s.a.w dan Khalid bin Abdullah, Umar dan Aisyah dan telah meriwayatkan daripada anaknya Muhammad, maulanya Salim Urwah, Sya'bi, Syuba'i, Abu Qilabah, Khaithamas, Sammak dan lain-lain.


Syaibah bin 'Abd al-Aziz berkata: "Beliau adalah qadi Damsyik selepas Fudalah bin 'Ubaid."Samna' bin Harb berkata: "Mu'awiyah menjadikannya Gabenor di Kufah, sebagai ahli pidato yang hebat kemudian berpindah kepada Gabenor Hims." Mati dibunuh pada tahun 65 Hijrah.

Abdullah Bin Amru al-'As r.a

Abdullah bin Amru bin al-'As bin Wail bin Hasyim bin Sa'id bin Sahami, Abu Muhammad. Pendapat lain mengatakan : Abu 'Abd al-Rahman. Beliau dinamakan dengan al'As sebagaimana datuknya kemudian Nabi mengubahnya dengan nama Abdullah.


Salah seorang sahabat terawal memeluk Islam dan banyak meriwayatkan hadis. Beliau meriwayatkannya daripada Rasulullah s.a.w, Umar, Abu al-Darda', Mu'az bin Jabal, Abd al-Rahman Ibn 'Auf dan ayahnya sendiri Amr. Abu Nu'aim berkata: "Telah meriwayatkan daripadanya dikalangan sahabat ialah Ibn Umar, Abu Umamah, al-Miswar, al-Sa'id bin al-Musaiyib, 'Urwah, Towus, Amru bin al-As, Abu al-Abbas al-Syair, 'Ata' bin Yasar, Ikrimah, Yusuf bin Malik, Abu Zur'ah dan ramai lagi."


Beliau memeluk Islam lebih dahulu daripada bapanya dan perbezaan umur antara dia dan bapanya hanya 12 tahun sebagaimana dikeluarkan al-Bukhari. Beliau meninggal dunia di Kota Syam pada 65 Hijrah dalam usia 72 tahun. Kata al-Barqi: "Dikatakan beliau meninggal di Kota Mekah ada pendapat mengatakan di kota Ta'if dan ada yang mengatakan di Mesir."


Salman al-Farisi r.a


Abu Abdillah Salman al-Farisi, digelar juga dengan nama Salman al-Khair. Maula kepada Rasulullah s.a.w yang berasal dari Parsi. Sering kali bermusafir mencari agama sebenar. Pernah menganut agama Kristian dan mampu membaca banyak kitab.


Dibeli oleh orang Yahudi sehingga beliau dibawa ke Kota Madinah sebagai hamba. Dikatakan, beliau mula menyertai peperangan bersama Rasulullah s.a.w dalam peperangan Khandak dan seterusnya dan pernah juga memegang jawatan Gabenor di Madain selepas itu.


Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Salman di kalangan kita Ahlul Bait." Beliau dikatakan mempunyai usia yang panjang. Ada pendapat menyatakan usianya 250 tahun dan ada yang menyatakan usianya 350 tahun. Beliau makan dengan kerja yang dilakukan dan banyak sedekah.


Meninggal dunia di Kota Madinah pada 50 Hijrah. Ada pendapat yang menyatakan 32 Hijrah. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah kasih dikalangan sahabatku empat orang, salah seorangnya Salman al-Farisi."


Abu Ruqayyah r.a


Abu Ruqayyah Tamim bin Aus al-Dariy bin Kharijah. Nisbahnya kepada al- Darain, Hani' daripada Lakhm. Beliau pada mulanya beragama Kristian, kemudian memeluk Islam pada tahun 9 Hijrah. Menetap di Kota Madinah kemudian berpindah ke Syam selepas pembunuhan Sayidina Uthman bin 'Affan. kemudian menetap di Bait al-Maqdis. Beliau terkenal dengan kekuatan tahajjud. meniggal dunia di Palestine pada tahun 40 Hijjrah. Beliau meriwayatkan 18 buah hadis. Abu Nu'aim dalam kitabnya al-Hilyah berkata:"Tamim al-Dariy berasal daripada seorang pendita pada zamannya dan ahli ibadat di kalangan penduduk Palestine. Beliaulah orang yang mula menyalakan pelita di dalam masjid dan perintis kepada penceritaan pada zaman Umar dengan izinya."


Al-Miqdam bin Ma'dikarib
Miqdam bin Ma'dikarib bin Amru bin Yazid bin Ma'dikarib dikuniyah dengan Abu Karimah, dikatakan juga kuniyahnya Abu Yahya a;-Kindi. Seoran sahabat yang masyhur, meriwayatkan daripada Khalid bin Walid, Mu'az dan Abi Ayyub. Yang meriwayatkan daripadanya pula ialah anaknya Yahya, cucunya Soleh bin Yahya, Khalid bin Ma'dan, Habib 'Ubaid dan lain-lain. Menetap di Hims. Meniggal dunia pada tahun 87Hijrah mengikut pendapat yang sahih dalam usia 91 tahun. Uthman berkata,"Meniggal dunia ketika 93tahun."Dan ada pendapat 96 tahun. Abi Yahya bin Salim al-Kila'i berkata," Kami bertanya kepada Miqdam bin Ma'dikarib, ramai orang menyangka kamu tidak melihat Nabi s.a.w." Lantas jawabnya,"Bahkan sesungguhnya aku melihatnya dan dia memegang telingaku dan sesungguhnya aku berjalan bersama bapa saudaraku."

BUSUR PANAH DAN PEDANG SAYYIDUNA RASULILLAH SAW YANG DISIMPAN DI MUZIUM TOPKAPI,ISTANBUL..:-)





Tidaklah seorang datang ke telaga nabi muhammad saw di hari qiyamat kecuali orang-orang yang masuk ke telaga sunnahnya yang mulia di dunia ini :

• Bangunlah di waktu malam,
• Sholatlah berjama'ah dengan selalu menjaga takbirotul ihrom bersama imam,
• Beristighfarlah kepada allah swt di waktu sahar ( menjelang fajar ) dan menjelang terbenamnya matahari,
• Ikatlah tali persaudaraan, saling mencintai dan menasehati,
• Jagalah selalu majlis-majlis ilmu,
• Bacalah al-qur'an dengan senang hati,
• Banyaklah berdzikir dan bersholawat kepada nabi muhammad saw,
Mudah-mudahan allah swt menjadikan kita termasuk golongan yang pertama datang ke telaga nabi saw yang mulia.





Mutiara kata & nasehat dr maha guru kami Al Allamah Al Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz

Sesungguhnya kejadian berlalu di dunia dengan semua apa yang ada di dalamnya kecuali hati yang bersih, jujur bersama allah dan tenang tidak akan di bahayakan dengan sesuatupun,
Hati itu tidak melannggar sunnah ataupun melakukan pelanggaran-pelanggaran lainnya dan tidak keluar dengan mengacau serta di kacau, akan tetapi bersama itu semua berlalu kejadian dengan apa yang ada di dalamnya mereka melihat kekaguman dalam pertolongan, kelembutan allah dan jujur kepadanya,
Mereka yakin bahwa tidak ada yang berbuat di alam semesta ini kecuali allah swt yang mengatur dan menjalankannya



prof.syeikh saad jawish...sentiasa menyantuni ulama,beperwatakan sangt 'tawadduk'.allah.......beliau pernah bertaya"kamu kena syeikh fahmi zam zam&dan syeikh abdul hamid(paksu mid)?lantas beliau mengatakan mereka ini adalah"rojul solih"......."seseorg itu kelak akan bersama org yg dicintainya"...ayuh cintai ulama'...
Semasa pengajian bersama al-Muhaddith Prof Syeikh Dr Sa'd Jawish,Syeikhuna menerangkan berkenaan Ilmu 'Ulum Hadith kepada kami...Lalu setelah menerangkan Ilmu 'Ulum Hadith,Syeikhuna bertanya semula kepada ahli pengajian bagi memastikan pemahaman kami terhadapnya..Sampailah suatu ketika,Syeikhuna bertanya kepada seorang ahli pengajian:Kamu asal dari mana?? Dia berkata:Saya dari Indonesia...Syeikh Sa'ad Jawish seraya berkata:Syeikh Nuruddin?? Masya Allah,dialah orang yang paling aku kasihi..:








[ RIDA LAMBANG SEMPURNA DAN KEMULIAAN ]


''Rida' Nabi suka hibrah sebab warna dan juga jenis lembut.Warnanya ada garis merah dan ada garis biru.Ada juga hibrah yang berwarna merah bersulam hijau.Selain meletakkan serban atas kepala,letak rida sebagai lambang kesempurnaan.

Kesempurnaan seseorang yang ada himmah dan mulia ada rida.Lambang orang yang mulia ada rida'.Bila ada orang mulia datang,Nabi saw merendahkan diri serta menghamparkan kain yg mulia ini sebagai hamparan duduk.

Selepas Perang Hunain,mula-mula umat Islam kalah.Lepas itu baru menang.Selepas perang,datang sahabat kepada Nabi.Sahabat keliru ada seorang wanita mendakwa dia adalah kakak Rasulullah. Dia nak jumpa Nabi Muhammad.''Aku kakak Rasulullah.''Sahabat memberitahu hal tersebut kpd Nabi saw.Nabi menyuruhnya supaya datang berjumpa.''Ya ALLAH, Syaima' ''.Nabi kemudian cabut rida'nya lalu menghamparkan kepada wanita itu.

Para sahabat terpinga-pinga,tercari-cari''Kakak? Nabi ada kakak ke?''
Orang Arab tahu apabila buang rida' dan hamparan sebagai hamparan duduk untuk satu orang,maksudnya orang itu sangat mulia.

Wanita itu duduk dan memberitahu,''Rasulullah,aku Syaima' '' Nabi menjawab,'' Ya ,aku tahu.''.Syaima' ialah kakak susuan Nabi saw,anak kepada Halimatus Sa'diah.Bermakna kakak betul jugalah kakak susuan.Ini menunjukkan bilamana seseorang dimuliakan,akan dihamparkan rida'.

~Fadhilatus As Sheikh Zainol Asri Haji Romli,Mudir Darul Hadis,antra anak murid yg utama as As Sheikh al Mukarram Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu al Banjari al Makki.
 

Habib Abdullah bin Syihab,beliau digelar sebagai 'Ain Tarim dan merupakan TUAN GURU kepada Habib Umar bin Hafiz,pendakwah ke Jalan Allah.Walaupun beliau ni Tuan Guru Habib Umar,tetapi beliau pernah berkata:Walaupun daku tidak duduk di zaman al-Faqih al-Muqaddam,walaupun daku tidak duduk di zaman Imam Abdullah ibn Alawi al-Haddad,tetapi aku cukup beruntung kerana daku hidup di zaman Habib Umar.Lihatlah pengiktirafan tuan guru sendiri terhadap muridnya,betapa tawadhuknya Ulamak ini