Khamis, 7 Mac 2013

KASIH Umar Al-Khattab kepada seekor burung


undefined
                                                                     

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar semua? Apa yang anda dah buat hari ni?

Jom istighfar jap..Astaghfirullahal’azim (3x)

Tahukah kalian?

     Para sahabat sentiasa menyebarkan kasih sayang dalam kehidupan mereka. 
Syeikh Muhammad bin Abu Bakar Al-Ushfuri dalam karyanya.Al-Mawaizh Al-‘Ushfuriyyahmengemukakan kisah Umar Al-Khattab dengan seekor burung.

Jom buka minda dan jiwa menghalusi kisah ini.

**********
undefined
     Pada suatu hari, Umar pergi ke kota Madinah. 
Dalam perjalanan, beliau melihat seorang kanak-
kanak menggenggam seekor burung pipit dan 
bermain-main dengannya.

    Umar berasa kasihan melihat 
burung itu lalu beliau memujuk 
kanak-kanak tadi menjual burung itu 
kepadanya. Kanak-kanak itu setuju 
dan sebaik sahaja Umar membeli burung itu, Umar pun melepaskannya.


    Selepas Umar wafat, ramai sahabat bermimpi berjumpa Umar. Dalam
 mimpi
 itu, terjadi dialog berikut:

Sahabat: Bagaimana Allah melayan kamu?

Umar : Allah mengampunkan saya dan membebaskan saya daripada 
seksaan.

Sahabat: Mengapa? Adakah kerana kamu seorang yang dermawan, adil
 dan 
zuhud?

Umar : Apabila kamu semua memasukkan saya ke dalam kubur, tinggallah
 saya sendirian di dalam kubur. Akal saya hilang dan anggota tubuh saya
 gementar ketakutan melihat mereka. Kedua-dua malaikat itu memegang 
tangan saya dan mendudukkan saya.

Kemudian saya mendengar seruan hatif iaitu suara tanpa rupa yang menyeru, 
“Wahai malaikat, tinggalkanlah hamba-Ku itu, kamu tidak perlu bertanya 
apa-apa kepadanya dan janganlah kamu menakutkannya. Aku mengasihi dan menyayanginya. Sesungguhnya, Aku membebaskannya daripada seksaan 
kerana sewaktu di dunia, 
beliau mengasihi seekor burung pipit. Jadi di akhirat, Aku pula yang
 mengasihinya.’.

********
Pembaca yang dirahmati Allah,

          Allah mencatatkan pahala bagi hamba-Nya yang berbuat kebaikan 
di bumi ini. Kita perlu sedar bahawa tugas kita di bumi ini antaranya adalah menyebarkan vitamin kasih sayang kepada semua makhluk. Bahkan kasih itu 
tidak terbatas kepada sesame manusia, malah kepada binatang juga.

Nabi pernah berkata:

“Orang-orang yang penyayang nescaya akan disayangi pula oleh Ar-Rahman 
(Allah). Maka sayangilah penduduk bumi nescaya penduduk langit pun akan
 menyanyangi kalian.”
(HR Ahmad)

          Di sinilah pentingnya kita menghayati Ar-Rahman dalam kehidupan 
kita sebelum menyebarkannya kepada orang lain. Jom sebarkan vitamin 
kasih sayang kita kepada sesama mahkluk!

Wallahualam.

*Sumber kisah dipetik dari buku yang berjudul Menjadi wanita super dengan 
Asmaul Husna yang dikarang oleh Sulaiman Al-Kumayi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan