Assalamualaikum wbt.
Kali ini entri tentang kelebihan-kelebihan ke masjid. Penulis tak mahu
berceloteh panjang. Sekadar mengutip hadis-hadis berkaitan dengan
bestnya pergi ke masjid dan disenaraikan kembali di sini untuk bacaan.
Baik, mula!
1. Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang pergi ke
masjid pada waktu pagi dan petang, Allah akan menyediakan satu
hidangan baginya. Hidangan itu adalah yang biasa diberikan kepada
tetamu-tetamu Syurga. Hidangan itu adalah hadiah kepadanya kerana
pergi ke masjid pada waktu pagi dan petang." ( HR Bukhari dan Muslim )
2. Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah SAW pernah berkata, "Sesiapa yang
membersihkan dirinya daripada najis dan kotoran di rumahnya, kemudian beliau
pergi ke masjid bagi menunaikan salah satu daripada sembahyang lima waktu,
maka Allah memberikan ganjaran bagi setiap langkahnya menuju ke masjid itu.
Setiap satu langkah menghapuskan satu dosa kecil yang pernah dilakukan dan
dinaikkan satu darjat." ( HR Muslim )
3. Ubay bin Kaab melaporkan, "Terdapat seorang Ansar. Rupa-rupanya, rumahnya
adalah rumah yang paling jauh dari masjid. Namun demikian, beliau tidak pernah
terlewat bersolat di masjid. Setiap waktu solat dia pasti sempat menunaikannya
bersama jemaah lain. Ada orang mengatakan kepadanya, "Bukankah lebih baik
apabila saudara memiliki keldai? Saudara dapat jadikannya sebagai kenderaan
apabila berjalan pada waktu malam gelap dan pada waktu siang yang panas
terik?' Namun lelaki Ansar tadi menjawab, 'Saya tidak suka apabila rumah saya
berhampiran dengan masjid. Sebenarnya saya mahu setiap langkah saya pergi
dan pulang dari masjid itu diberi ganjaran pahala.' Apabila Rasulullah SAW
mendengar kata-kata lelaki itu, Baginda lantas memberikan respon kepadanya.
'Sebenarnya Allah sudah mengumpulkan semua pahala bagi saudara bagi setiap
langkah saudara itu." ( HR Muslim )
4. Abu Musa melaporkan, Rasulullah SAW berkata, "Sebenarnya pahala yang paling
besar diberikan oleh Allah kepada orang yang mendirikan sembahyang adalah
kepada orang yang paling jauh berjalan ke masjid. Pahala yang besar itu juga
diberikan kepada orang yang duduk menunggu waktu sembahyang supaya
dapat bersama-sama imam menunaikan solat fardhu. Ini adalah lebih bai
k daripada solat sendiri, kemudian beliau tertidur." ( HR Bukhari & Muslim )
5. Buraidah melaporkan, Rasulullah SAW bersabda, "Sampaikan berita gembira ini
kepada semua orang. Mereka yang berjalan pada waktu malam gelap menuju ke
masjid, diberi cahaya yang terang benderang pada Hari Kiamat kelak."
( HR Abu Daud dan Tirmidhi )
6. Abu Sa'id al-Khudri melaporkan, Rasulullah SAW bersabda, "Apabila saudara
semua biasa melihat seseorang berjalan pergi dan balik dari masjid, saudara jadilah
saksi bahawa beliau adalah orang yang beriman. Allah menjelaskan dalam
Surah al-Taubah ayat 18 yang bermaksud, 'Orang yang memeriahkan masjid
adalah orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat.' " ( HR Tirmidhi )
7. Hadis hasan riwayat Imam al-Baihaqi dari Abu Hurairah r.a., s
abda Rasulullah SAW:
7 golongan manusia yang akan diberi naungan oleh Allah di bawah 'Arasy-Nya
pada suatu hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya:
Satu - Seseorang yang hatinya penuh perhatian terhadap masjid, terpaut pada
masjid
Dua - Seseorang yang diajak berzina oleh seorang perempuan yang punya
kedudukan, namun ia berkata, "Aku takut akan azab Allah."
Tiga - Dua orang yang saling mencintai kerana Allah
Empat - Seseorang yang memejamkan matanya dari segala yang diharamkan
oleh Allah.
Lima - Mata yang tidak tidur, berjaga sebagai tentera Islam menjaga markaz Islam.
Enam - Mata yang berjaga ketika perang melawan musuh.
Tujuh - Mata yang menangis kerana takut dan kagum terhadap kebesaran Allah.
Menurut Ibnu Hajar, yang dimaksudkan dengan hati yang terpaut pada masjid; zahirnya kalimat"mu'allaq" berasal dari kata ta'liq (terpaut/tergantung) iaitu diserupakan dengan sesuatu yang tergantung atau terkait di masjid seperti lampu, hal itu sebagai tanda hatinya selama-lamanya terpaut di masjid walaupun jasadnya berada di luar masjid. Sesuai dengan riwayat Al-Jauzaqi, "Seolah-olah hatinya tergantung di masjid". Atau kalimah "mu'allaq" itu diambil dari kalimah 'Alaqahiaitu rasa cinta yang sangat kuat, hal itu sesuai dengan riwayat Imam Ahmad dengan lafaz "mu'allaq bil masajid" (hatinya terpaut ke masjid). Demikian juga riwayat Salman ada tambahan lafaz "min hubbiha" (kerana rasa cinta). (Fathul Bari II:145)
Kesimpulannya, setelah disenaraikan hadis-hadis di atas ini, maka perlulah kita rasa
teruja untuk ke masjid bermula dari saat ini.
Ayuh, kita ubah diri. Apa nak malas-malas lagi. Allah dah sediakan ganjaran
lumayan tu.
Bukan lagi dalam hati ada taman.
Tapi, dalam hati ada masjid.
Ada cinta yang kuat untuk ketemu Allah di rumah-Nya.
Masjid, aku datang!



Tiada ulasan:
Catat Ulasan